Tuesday, May 31, 2011

Update....

Assalamualaikum...
Harap maaf kerana sudah tidak lama update blog ini.
Skrg saya masih sibuk meneruskan pelajaran peringkat ijazah.
Jadi penglibatan saya dlm dunia debat di peringkat ijazah amat kurg.

Kebetulan di peringkat ijazah, pertandingan debat antara fakulti seperti tidak diusahakan.
Berkemungkinan saya berada di kampus induk(S.A), kehidupan di sini amat berbeza berbanding kehidupan semasa diploma.
Tambahan kampus induk ini amat besar dan mungkin agak sukar untuk mengadakan aktiviti debat antara fakulti.

Sepanjang saya berada di kampus induk, saya dapati persatuan debat yg pernah ditubuhkan agak kurg aktif.
Definisi kurg aktif agak kurg sesuai, ia lebih kepada aktif, tetapi kurg mendapat perhatian para siswa dan siswi.
Kebanyakan mereka sibuk dengan aktiviti kolej, persatuan, ditambah lagi dgn asgmnt yg melambak...

Saya berharap satua hari nanti, saya akan mengunjungi sekolah2/ipta/ipts yg lain untuk mengikuti perkembangan aktiviti debat supaya dpt dikongsikan bersama anda semua.
Debat ini bkn mencenderungkan anak2 muda kepada dunia politik, tetapi membantu mereka membina keyakinan diri mereka dlm menyuarakan hak mereka yg benar, supaya tidak tertindas.
Di samping itu, pengetahuan berdebat ini harusla dipupuk untuk membela nasib bangsa Melayu kita di mata dunia.

Samapi di sini sahaja update yg saya kongsikan.
Saya akan berusaha untuk mendapatkan entri baru yg menarik mengenai debat ini.
Sekian, wassalam...

Saturday, June 12, 2010

Body Language

Assalamualaikum....
Harap maaf kerana sudah lama tidak mengemaskinikan blog ini...
Semoga para pembaca terus mengikuti bidang perdebatan ini...

Di sini saya ingin berkongsi sedikit mengenai body language yg anda pelajari dalam dunia berdebat ini...
Di dalam dunia perdebatan, body language turut memainkan peranan penting...
Khususnya apbila ingin mengemukan hujah serta cadangan atau membidas hujah2 pihak lawan...
Body language amat penting dalam menunjukkan keyakinan pembahas untuk mempertahankan hujah mereka...

Secara keseluruhannya, non-verbal body language selalunya digunakan oleh para pendebat dalam sesuatu pertandingan...
Eye-contact, gerak tangan, postur badan, ekspresi dan mimik muka, intonasi suara yang dilontarkan adalah contoh non-verbal skills yg anda pelajari dalam dunia perdebatan..

Eye-contact
Eye-contact merupakan elemen atau salah satu senjata penting yang amat berguna kepada para pendebat apabila bertanding.
Ini kerana eye-contact, terutamanya dengan pihak juri mampu meberi tanggapan bahawa para pendebat yakin dengan apa yang mereka pertahankan.
Selain itu juga, eye-contact dengan juri boleh menarik minat pihak juri untuk mendengar hujah2 yang anda sampaikan...

Eye-contact dengan pihak lawan apabila kita berdebat menunjukkan bahawa kita menghormati pihak lawan dan bukan memandang rendah kepada mereka.
Dunia perdebatan ada adat menang dan kalah yang tersendiri.
Eye-contact bkn sahaja penting sebagai seorang pendebat, tetapi juga penting kepada semua org apabila tiba di dunia pekerjaan nanti..

Gerak Tangan
Gerak tangan memainkan peranan penting kepada pendebat, terutama ketika sedang berhujah.
Pergerakan tangan membantu kita untuk mengaitkan hujah2 kita dengan contoh kepada sesuatu isu.
Saya sebagai seorang pendebat, mengaku bahawa mmg agak sukar untuk saya menjelaskan contoh2 hujah saya tanpa melakukan sebranag pergerakan tangan yang betul...

Pergerakan tangan menunjukkan keyakinan seseorg terhadap perkara yg beliau hujahkan.
Pergerakan tangan yg kurang berkeyakinan boleh menyebabkan pihak juri untuk beralih pandangan kepada pihak bertentangan yang lebih berkeyakinan untuk menang.
Selain itu, pihak lawan akan menggunakan kelemahan tersebut untuk merebut kemenangan dengan menanyakan soalan yg boleh menggugat prestasi pihak yg berhujah...

Postur Badan
Postur badan juga memainkan peranan penting. Postur yang betul menunjukkan impresi berkayakina tinggi dan boleh menarik minat pihak juri serta penonton untuk melihat anda sebagai pendebat. Postur yang terlalu bersahaja akan menyebabkan tanggapan kurang baik terhadap keyakinan sesuatu pasukan itu untuk merebut kemenangan dalam arena perdebatan..

Ekspresi dan mimik muka
Ekspresi dan mimik muka turut memainkan peranan. Ekspresi muka yg berkeyakinan memberikan impak positif kepada pendebat. Kebanyakan org lebih berminat untuk melihat seseorang itu berhujah dengan melihat mimik mukanya. Mimik muka yang menunjukkan kurang berkeyakinan boleh menyebabkan sesuatu pasukan itu kalah dalam pertandingan.

Berdasarkan pengalaman, saya pernah melihat pertandingan debat di mana pihak kerajaan mengemukan hujah2 yg menyebabkan pihak lawan menang. Biarpun kalah, pihak juri memberikan penghormatan kepada pihak kalah atas keyakinan mereka dalam berdebat walaupun kalah di tangan pihak lawan.. :)

Intonasi suara
Intonasi suara yg jelas menarik minat pendengar untuk mendengar segala hujah kita. Lontaran suara yg lantang memberikan ekspresi bahawa sesuatu pasukan itu adalah hebat, dan keadaan ini menarik minat penonton utk melihat kita. Lontaran suara yg terlalu rendah menykarkan penonton utk mendengar hujah2 malah boleh menyebabkan suasana pertandingan yg seharusnya hangat menjadi muram.

Kawalan suara ini membantu anda untuk berkomunikasi secara efektif. sekiranya lontaran suara yg terlalu mendatar, penonton akan mula merasa bahawa peraandingan ini tidak menarik. Dengan nada suara yg btul, sudah pasti anda digeruni oleh pihak lawan sebagai pendebat yg cukup hebat.

Kesimpulannya, banyak faedah yg anda perolehi dalam duni debat. Saya yakin kebanyakan org akan berfikir bhwa debat ini untuk melahirkan bijaksana dalam bidang politik. Tapi sbnrnya ada faedah lain yg kta dapat perolehi, dan faedah tersebut x semestinya kta gunakan dalam bidang politik sahaja, malah dalam urusan kita seharian..

Sekian, salam perdebatan..

Wednesday, February 3, 2010

Pengalaman sepanjang menjadi seorang pendebat...

Assalamualaikum.....

Terima kasih kerana sudi membaca serta melawat blog ini, walaupun masih baru...

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai seorang pendebat selama saya bergelar pelajar di bidang Diploma Sains Komputer di UiTM Kota Samarahan Sarawak...

Secara jujurnya, pertama kali saya mendengar perkataan DEBAT, mmg saya x nafikan bahawa saya mmg tidak berminat dengan aktiviti ini.... Memang diketahui umum bahawa aktiviti debat ini bnyk faedahnya.... Faedah yg x nampak... Kebiasaan org cuma pandang faedah, or yg saya boleh katakan, PROFIT, yg nampak je... Yg mmg, kalau boleh, nak dpt faedah yg on the spot...

Ramai yg berfikiran bahawa debat ni, lebih membawa kita kepada dunia politik... Tetapi kenyataannya, TIDAK... Tetapi ia membawa makna yg lain kepada kita, khususnya individu...

Aktiviti debat ini x bnyk bezanya berbanding dengan aktiviti akademik seperti pengucapan awam atau public speaking... Di sebalik aktiviti seperti ini, ada tersirat suatu kebaikan yang jarang kita perolehi...

Secara logiknya, saya terus menganggap bahawa aktiviti debat ini kurang menarik, dan lebih membebankan waktu belajar saya... Pertama sekali saya mendengar perkataan debat adalah semasa wakil pendebat fakulti saya, yg merupaka senior saya sendiri ingin mengajak, atau kata lain merekrut ahli2 baru untuk dijadikan sebagai wakil fakulti utk mewakili pertandingan yg akan dtg...

Atas desakan rakan2 yg memang bersungguh2 inginkan saya utk join xtvt ni, dgn langkah yg agak berat dan hati yg cukup menolak debat, akhirnya saya menerima tawaran rekrut itu...
Pada masa itu, mmg sya dselubungi perasaan yg agak marah krana, rakan2 yg kbnykkan menuding jari ke arah saya utk jadi wakil debat...

Dgn berbekal perasaan yg agak kecewa atas sikap rakan2, sya bertekad akan buktikan kpd mereka, utk jgn memandang rendah terhadap sya krn sejak dari sekolah rendah, saya mmg seorg yg kurang yakin terhadap diri sendiri...

Setelah menghadirkan diri ke mesyuarat pertandingan debat antara fakulti bersama senior2 serta rakan2, saya rasa mula x yakin dgn penglibatan saya dlm bidang ini... Kerana saya mudah nervous jika bercakap di depan org ramai... Atas nasihat, bimbingan serta tunjuk ajar dari senior sya yg smmgnya sporting, dan berpengalaman, akhirnya saya merasakan bahawa saya boleh menerima debat dalam diri saya..

Selain senior, para tenaga pengajar, iaitu lecturer fakulti kami yg sememangnya arif dalam bidang debat ini turut turun padang dalam melatih saya dan rakan2 menjadi salah seorang pendebat yang berpotensi dlm fakulti kami...

Setelah mendapat dorongan serta tunjuk ajar yg betul, akhirnya saya merasakan bahawa debat merupakan xtvt yg amat menyeronokkan... Tambahan pula, sya sentiasa menyertai semua pertandingan debat antara fakulti yg dianjurkan... Akhirnya, saya berasa amat yakin bahawa smmgnya x salah utk saya berada di dunia debat ini...

Ada beberapa faedah yg saya perolehi dari debat ini...

  1. Keyakinan diri. Saya mula berasa amat yakin utk bercakap di hadapan org ramai dan kurang segan untuk bercakap. Hasil latihan debat, membantu saya dlm melakukan xtvt seperti public speaking dan presentation. Keadaan ini bbenar2 membantu serta menguntungkan diri saya.
  2. Kawalan suara. Smmgnya aktiviti debat membantu melatih kta utk bersuara lantang, ttp hasilnya amat mengejutkan. Anda tahu bagaimana ingin menggunakan intonasi suara dan nada yg betul semasa berinteraksi dgn pendengar.
  3. Ketajaman minda dlm memikirkan ayat atau idea secara on-the-spot. Dalam xtvt debat, pendebat selalunya dilatih untuk memikir idea serta hujah2 dlm masa yg amat singkat. Sekiranya kaedah ini diaplikasikan semasa kta berucap/membentang/berinteraksi dgn pendengar, ia mebantu kita utk memikirkan suatu idea yg bernas utk diucapkan kpd para pendengar....
Sampai sekarang, walaupun agak kurang aktif untuk berdebat, atas sebab2 kurg xtvt yg dijlnkan dan xtvt kelas yg agak berat, saya mmg berharap utk meneruskan penglibatan saya dlm bidang debat ini...

Saya harap apa yg saya kongsikan di sini utk rujukan serta panduan para pembaca blog ini...
Segala komen serta cadangan amat saya alu2kan....

Saya berharap agar generasi muda pada zaman kini x menganggap debat satu xtvt yg kurg munasabah dan x berfaedah...

Tepuk dada, tanya selera....

Sekian... Wassalam...

Wednesday, December 30, 2009

::PENGENALAN SECARA UMUM DUNIA PERDEBATAN::

Terima kasih kerana anda sudi untuk melawat ke laman blog ini... Di sini saya akan menerangkan secara ringkas mengenai debat ala parlimen ini.


Debat merupakan aktiviti perbincangan yg membincangkan sesuatu tajuk, yg merupakn masalah atau isu, dan diputuskan melalui keputusan yg dperolehi. Secara ringkasnya, kedua-dua pihak berdebat mengenai usul tersebut, sekiranya salah satu pihak tidak berjaya mengekalkan pendirian mereka, maka kemenangan berada di pihak lawan.


Usul merujuk kepada topik atau tajuk perdebatan yang perlu didebatkan. Perkataan usul digunakan bagi mengadaptasi sistem parlimen Malaysia kerana perdebatan yang dijalankan ialah ala-parlimen Malaysia. Kebiasaan di dalam perdebatan akan dijalan kan di dlm dewan Parlimen yang Mulia.


Dalam perdebatan, tedapat beberapa kategori usul yg diberi:


i) usul yg berasaskan fakta/isu-isu spesifik

ii) usul yg bersifatkan humor

iii) usul berbentuk peribahasa/simpulan bahasa



USUL BERASASKAN FAKTA/ISU-ISU SPESIFIK


Usul sebegini biasanya menuntut pendebat untuk membahaskan sesuatu isu yang spesifik berasaskan keterangan fakta.


Usul berasaskan fakta/isu-isu spefisik boleh pula dibahagikan kepada beberapa jenis:-


i) Usul politik

ii) Usul ekonomi

iii) Usul sosial



USUL BERASASKAN HUMOR


Usul ini pula bersifat relaks, lawak atau kelakar. X membebankan pendebat, di mana pendebat x perlu mengaitkan dgn isu2 yg berunsurkan spesifik.


Salah satu contoh tajuk berunsurkan humor ialah "Dunia ini memerlukan Doraemon".. X-D


USUL BERDASARKAN PERIBAHASA


Usul ini pula untuk menguji kemahiran pendebat dalam bersastera or berbahasa.

Spesifikasi usul berbentuk peribahasa ini ditentukan oleh konteks perdebatan yg ditentukan oleh para pendebat sendiri. Kemahiran untuk memahami usul sebegini adalah perlu bagi pendebat untuk mengupas serta memahami erti peribahasa yg diusulkan.


Jika pendebat tersilap mendefinisi maksud tersirat usul peribahasa, maka peluang untuk pendebat mempertahankan pendirian mereka adalah tipis.



Untuk penerangan yg lebih lengkap berkaitan usul2 di atas, sila layari laman web di bawah




Penerangan di sini adalah bertujuan untuk mendedahkan serba sedikit mengenai dunia perdebatan kepada pendebat2 baru...


Sekiranya anda ingin mengemukakan sebarang soalan atau cadangan, adalah amat dialu2kan...

Blog ini bertujuan untuk membantu anda untuk mengenal dunia debat dgn lebih baik....


Sekian, assalamualaikum.....


*PS: Jika x pasti mcm mana nak komen blog ini, just komen kat wall saya kat facebook..... :-)


Friday, November 13, 2009

SELAMAT DATANG~~~

Apa khabar? Terima kasih kerana sudi melawat blog ini....
Blog ini saya buat untuk pendebat2 lama dan baru, dan juga warga2 Fakulti Sains Komputer Dan Matematik (CS110), kampus Samarahan, Sarawak..

Di sini anda boleh mengemukan apa2 soalan berkaitan dengan teknik serta cara perdebatan ala parlimen.....
Di samping itu juga, saya akan kongsikan sedikit pengalaman serta teknik2 dalam berdebat mengikut pengalaman saya selama menjadi wakil debat untuk fakulti saya....

Blog ini masih baru dan masih lagi dalam usaha mengemaskini bahan2 berkaitan dengan debat... Saya harap blog ini dapat memberi manfaat bkn sahaja kepada pendebat2 baru, malah membuka fikiran serta menambahkan ilmu debat kepada anda....