Wednesday, December 30, 2009

::PENGENALAN SECARA UMUM DUNIA PERDEBATAN::

Terima kasih kerana anda sudi untuk melawat ke laman blog ini... Di sini saya akan menerangkan secara ringkas mengenai debat ala parlimen ini.


Debat merupakan aktiviti perbincangan yg membincangkan sesuatu tajuk, yg merupakn masalah atau isu, dan diputuskan melalui keputusan yg dperolehi. Secara ringkasnya, kedua-dua pihak berdebat mengenai usul tersebut, sekiranya salah satu pihak tidak berjaya mengekalkan pendirian mereka, maka kemenangan berada di pihak lawan.


Usul merujuk kepada topik atau tajuk perdebatan yang perlu didebatkan. Perkataan usul digunakan bagi mengadaptasi sistem parlimen Malaysia kerana perdebatan yang dijalankan ialah ala-parlimen Malaysia. Kebiasaan di dalam perdebatan akan dijalan kan di dlm dewan Parlimen yang Mulia.


Dalam perdebatan, tedapat beberapa kategori usul yg diberi:


i) usul yg berasaskan fakta/isu-isu spesifik

ii) usul yg bersifatkan humor

iii) usul berbentuk peribahasa/simpulan bahasa



USUL BERASASKAN FAKTA/ISU-ISU SPESIFIK


Usul sebegini biasanya menuntut pendebat untuk membahaskan sesuatu isu yang spesifik berasaskan keterangan fakta.


Usul berasaskan fakta/isu-isu spefisik boleh pula dibahagikan kepada beberapa jenis:-


i) Usul politik

ii) Usul ekonomi

iii) Usul sosial



USUL BERASASKAN HUMOR


Usul ini pula bersifat relaks, lawak atau kelakar. X membebankan pendebat, di mana pendebat x perlu mengaitkan dgn isu2 yg berunsurkan spesifik.


Salah satu contoh tajuk berunsurkan humor ialah "Dunia ini memerlukan Doraemon".. X-D


USUL BERDASARKAN PERIBAHASA


Usul ini pula untuk menguji kemahiran pendebat dalam bersastera or berbahasa.

Spesifikasi usul berbentuk peribahasa ini ditentukan oleh konteks perdebatan yg ditentukan oleh para pendebat sendiri. Kemahiran untuk memahami usul sebegini adalah perlu bagi pendebat untuk mengupas serta memahami erti peribahasa yg diusulkan.


Jika pendebat tersilap mendefinisi maksud tersirat usul peribahasa, maka peluang untuk pendebat mempertahankan pendirian mereka adalah tipis.



Untuk penerangan yg lebih lengkap berkaitan usul2 di atas, sila layari laman web di bawah




Penerangan di sini adalah bertujuan untuk mendedahkan serba sedikit mengenai dunia perdebatan kepada pendebat2 baru...


Sekiranya anda ingin mengemukakan sebarang soalan atau cadangan, adalah amat dialu2kan...

Blog ini bertujuan untuk membantu anda untuk mengenal dunia debat dgn lebih baik....


Sekian, assalamualaikum.....


*PS: Jika x pasti mcm mana nak komen blog ini, just komen kat wall saya kat facebook..... :-)