Saturday, June 12, 2010

Body Language

Assalamualaikum....
Harap maaf kerana sudah lama tidak mengemaskinikan blog ini...
Semoga para pembaca terus mengikuti bidang perdebatan ini...

Di sini saya ingin berkongsi sedikit mengenai body language yg anda pelajari dalam dunia berdebat ini...
Di dalam dunia perdebatan, body language turut memainkan peranan penting...
Khususnya apbila ingin mengemukan hujah serta cadangan atau membidas hujah2 pihak lawan...
Body language amat penting dalam menunjukkan keyakinan pembahas untuk mempertahankan hujah mereka...

Secara keseluruhannya, non-verbal body language selalunya digunakan oleh para pendebat dalam sesuatu pertandingan...
Eye-contact, gerak tangan, postur badan, ekspresi dan mimik muka, intonasi suara yang dilontarkan adalah contoh non-verbal skills yg anda pelajari dalam dunia perdebatan..

Eye-contact
Eye-contact merupakan elemen atau salah satu senjata penting yang amat berguna kepada para pendebat apabila bertanding.
Ini kerana eye-contact, terutamanya dengan pihak juri mampu meberi tanggapan bahawa para pendebat yakin dengan apa yang mereka pertahankan.
Selain itu juga, eye-contact dengan juri boleh menarik minat pihak juri untuk mendengar hujah2 yang anda sampaikan...

Eye-contact dengan pihak lawan apabila kita berdebat menunjukkan bahawa kita menghormati pihak lawan dan bukan memandang rendah kepada mereka.
Dunia perdebatan ada adat menang dan kalah yang tersendiri.
Eye-contact bkn sahaja penting sebagai seorang pendebat, tetapi juga penting kepada semua org apabila tiba di dunia pekerjaan nanti..

Gerak Tangan
Gerak tangan memainkan peranan penting kepada pendebat, terutama ketika sedang berhujah.
Pergerakan tangan membantu kita untuk mengaitkan hujah2 kita dengan contoh kepada sesuatu isu.
Saya sebagai seorang pendebat, mengaku bahawa mmg agak sukar untuk saya menjelaskan contoh2 hujah saya tanpa melakukan sebranag pergerakan tangan yang betul...

Pergerakan tangan menunjukkan keyakinan seseorg terhadap perkara yg beliau hujahkan.
Pergerakan tangan yg kurang berkeyakinan boleh menyebabkan pihak juri untuk beralih pandangan kepada pihak bertentangan yang lebih berkeyakinan untuk menang.
Selain itu, pihak lawan akan menggunakan kelemahan tersebut untuk merebut kemenangan dengan menanyakan soalan yg boleh menggugat prestasi pihak yg berhujah...

Postur Badan
Postur badan juga memainkan peranan penting. Postur yang betul menunjukkan impresi berkayakina tinggi dan boleh menarik minat pihak juri serta penonton untuk melihat anda sebagai pendebat. Postur yang terlalu bersahaja akan menyebabkan tanggapan kurang baik terhadap keyakinan sesuatu pasukan itu untuk merebut kemenangan dalam arena perdebatan..

Ekspresi dan mimik muka
Ekspresi dan mimik muka turut memainkan peranan. Ekspresi muka yg berkeyakinan memberikan impak positif kepada pendebat. Kebanyakan org lebih berminat untuk melihat seseorang itu berhujah dengan melihat mimik mukanya. Mimik muka yang menunjukkan kurang berkeyakinan boleh menyebabkan sesuatu pasukan itu kalah dalam pertandingan.

Berdasarkan pengalaman, saya pernah melihat pertandingan debat di mana pihak kerajaan mengemukan hujah2 yg menyebabkan pihak lawan menang. Biarpun kalah, pihak juri memberikan penghormatan kepada pihak kalah atas keyakinan mereka dalam berdebat walaupun kalah di tangan pihak lawan.. :)

Intonasi suara
Intonasi suara yg jelas menarik minat pendengar untuk mendengar segala hujah kita. Lontaran suara yg lantang memberikan ekspresi bahawa sesuatu pasukan itu adalah hebat, dan keadaan ini menarik minat penonton utk melihat kita. Lontaran suara yg terlalu rendah menykarkan penonton utk mendengar hujah2 malah boleh menyebabkan suasana pertandingan yg seharusnya hangat menjadi muram.

Kawalan suara ini membantu anda untuk berkomunikasi secara efektif. sekiranya lontaran suara yg terlalu mendatar, penonton akan mula merasa bahawa peraandingan ini tidak menarik. Dengan nada suara yg btul, sudah pasti anda digeruni oleh pihak lawan sebagai pendebat yg cukup hebat.

Kesimpulannya, banyak faedah yg anda perolehi dalam duni debat. Saya yakin kebanyakan org akan berfikir bhwa debat ini untuk melahirkan bijaksana dalam bidang politik. Tapi sbnrnya ada faedah lain yg kta dapat perolehi, dan faedah tersebut x semestinya kta gunakan dalam bidang politik sahaja, malah dalam urusan kita seharian..

Sekian, salam perdebatan..