Wednesday, February 3, 2010

Pengalaman sepanjang menjadi seorang pendebat...

Assalamualaikum.....

Terima kasih kerana sudi membaca serta melawat blog ini, walaupun masih baru...

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai seorang pendebat selama saya bergelar pelajar di bidang Diploma Sains Komputer di UiTM Kota Samarahan Sarawak...

Secara jujurnya, pertama kali saya mendengar perkataan DEBAT, mmg saya x nafikan bahawa saya mmg tidak berminat dengan aktiviti ini.... Memang diketahui umum bahawa aktiviti debat ini bnyk faedahnya.... Faedah yg x nampak... Kebiasaan org cuma pandang faedah, or yg saya boleh katakan, PROFIT, yg nampak je... Yg mmg, kalau boleh, nak dpt faedah yg on the spot...

Ramai yg berfikiran bahawa debat ni, lebih membawa kita kepada dunia politik... Tetapi kenyataannya, TIDAK... Tetapi ia membawa makna yg lain kepada kita, khususnya individu...

Aktiviti debat ini x bnyk bezanya berbanding dengan aktiviti akademik seperti pengucapan awam atau public speaking... Di sebalik aktiviti seperti ini, ada tersirat suatu kebaikan yang jarang kita perolehi...

Secara logiknya, saya terus menganggap bahawa aktiviti debat ini kurang menarik, dan lebih membebankan waktu belajar saya... Pertama sekali saya mendengar perkataan debat adalah semasa wakil pendebat fakulti saya, yg merupaka senior saya sendiri ingin mengajak, atau kata lain merekrut ahli2 baru untuk dijadikan sebagai wakil fakulti utk mewakili pertandingan yg akan dtg...

Atas desakan rakan2 yg memang bersungguh2 inginkan saya utk join xtvt ni, dgn langkah yg agak berat dan hati yg cukup menolak debat, akhirnya saya menerima tawaran rekrut itu...
Pada masa itu, mmg sya dselubungi perasaan yg agak marah krana, rakan2 yg kbnykkan menuding jari ke arah saya utk jadi wakil debat...

Dgn berbekal perasaan yg agak kecewa atas sikap rakan2, sya bertekad akan buktikan kpd mereka, utk jgn memandang rendah terhadap sya krn sejak dari sekolah rendah, saya mmg seorg yg kurang yakin terhadap diri sendiri...

Setelah menghadirkan diri ke mesyuarat pertandingan debat antara fakulti bersama senior2 serta rakan2, saya rasa mula x yakin dgn penglibatan saya dlm bidang ini... Kerana saya mudah nervous jika bercakap di depan org ramai... Atas nasihat, bimbingan serta tunjuk ajar dari senior sya yg smmgnya sporting, dan berpengalaman, akhirnya saya merasakan bahawa saya boleh menerima debat dalam diri saya..

Selain senior, para tenaga pengajar, iaitu lecturer fakulti kami yg sememangnya arif dalam bidang debat ini turut turun padang dalam melatih saya dan rakan2 menjadi salah seorang pendebat yang berpotensi dlm fakulti kami...

Setelah mendapat dorongan serta tunjuk ajar yg betul, akhirnya saya merasakan bahawa debat merupakan xtvt yg amat menyeronokkan... Tambahan pula, sya sentiasa menyertai semua pertandingan debat antara fakulti yg dianjurkan... Akhirnya, saya berasa amat yakin bahawa smmgnya x salah utk saya berada di dunia debat ini...

Ada beberapa faedah yg saya perolehi dari debat ini...

  1. Keyakinan diri. Saya mula berasa amat yakin utk bercakap di hadapan org ramai dan kurang segan untuk bercakap. Hasil latihan debat, membantu saya dlm melakukan xtvt seperti public speaking dan presentation. Keadaan ini bbenar2 membantu serta menguntungkan diri saya.
  2. Kawalan suara. Smmgnya aktiviti debat membantu melatih kta utk bersuara lantang, ttp hasilnya amat mengejutkan. Anda tahu bagaimana ingin menggunakan intonasi suara dan nada yg betul semasa berinteraksi dgn pendengar.
  3. Ketajaman minda dlm memikirkan ayat atau idea secara on-the-spot. Dalam xtvt debat, pendebat selalunya dilatih untuk memikir idea serta hujah2 dlm masa yg amat singkat. Sekiranya kaedah ini diaplikasikan semasa kta berucap/membentang/berinteraksi dgn pendengar, ia mebantu kita utk memikirkan suatu idea yg bernas utk diucapkan kpd para pendengar....
Sampai sekarang, walaupun agak kurang aktif untuk berdebat, atas sebab2 kurg xtvt yg dijlnkan dan xtvt kelas yg agak berat, saya mmg berharap utk meneruskan penglibatan saya dlm bidang debat ini...

Saya harap apa yg saya kongsikan di sini utk rujukan serta panduan para pembaca blog ini...
Segala komen serta cadangan amat saya alu2kan....

Saya berharap agar generasi muda pada zaman kini x menganggap debat satu xtvt yg kurg munasabah dan x berfaedah...

Tepuk dada, tanya selera....

Sekian... Wassalam...